top of page

PORTFOLIO PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA (KPS3014)

PENGENALAN

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 

•Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi yang ke-4, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengawalan pengelolaan dan penyelenggaraan. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan.

Dalam pengertian umum, budaya merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

PENDAHULUAN

•Konsep Pengurusan Budaya ialah satu konsep penyusunan dan perancangan yang teratur bagi sesebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang

•Budaya yang diterapkan ialah

  - Budaya belajar

  - Budaya Menghormati

  - Budaya Nilam

OBJEKTIF KAJIAN

•Untuk menyedarkan tentang peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam menerapkan budaya positif di sekolah

•Untuk mengenal pasti budaya yang diterapkan dan dititik beratkan di sekolah

•Untuk mengetahui usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam mengawal budaya yang diinginkan oleh masyarakat luar

•Untuk mengetahui kesan di sebalik keberkesanan penerapan yang diamalkan di sekolah

METODOLOGI KAJIAN

Temu Bual

Pemerhatian

Surat

Khabar

Jurnal/

Artikel

PERSOALAN KAJIAN

•Apakah budaya yang diterapkan di sekolah bandar dan sekolah luar bandar?

•Adakah budaya di sekolah mempengaruhi prestasi sesebuah sekolah dan murid?

•Adakah budaya di sekolah yang dipengaruhi kepimpinan guru dan akademik?

•Apakah penerimaan setiap pihak terhadap budaya ini?

TEORI- Definisi Budaya Sekolah

•Budaya sekolah merupakan kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, pengajaran,  pembelajaran,  kepemimpinan dan struktur organisasi.

•Budaya sekolah  yang seimbang dan positif dapat membantu perkembangan pembelajaran generasi  muda  khususnya  para  pelajar.

•Budaya  sekolah  yang  sihat  dapat  membantu  melahirkan generasi  pelajar,  keluarga  dan  pendidik  yang bekerjasama  dalam menjayakan  setiap  visi,  misi  dan aspirasi sekolah (Cohen, 2007).

giphy (1).gif
I'm Yours - Jason Mraz
00:00 / 00:00
giphy (1).gif
giphy (1).gif
bottom of page